Kursus FrogVLE

Kursus membina laman sesawang menggunakan Frogasia diadakan di PKG Gopeng. Seramai 24 Guru dan Pembantu PKG terlibat untuk dilantik sebagai JU(Jurulatih Utama)

By PSSMKSY

KRS ting6

Alhamdulilah program berjalan lancar selama 3 hari mulai 11-13 julai bertempat di SK Pos Raya.seramai 125 pelajar terlibat berserta 15 guru.

SMK Sultan Yussuf

SMK Seri Teja

Perserta da SMK Seri Kampar

By PSSMKSY

JOHAN NILAM 2012

Syamimi,Farhana dan Hj Shahori(GPM)

Alhamdulillah Syamimi Afiqah Binti Abdul Ghani (4SA) telah merangkul Johan Anugerah NILAM bagi Daerah Kinta Selatan buat julung kalinya. Tempat kedua juga dari SYS iaitu Farhana Binti Mohamad Ali dari 4S1. Pertandingan dijalankan pada 29 Jun 2012 di PKG Gopeng,Perak.

Dibilik menunggu

By PSSMKSY

SUKAN KALI KE-80

23 Jun 2012- bertempat di Padang SMK Sultan Yussuf berlangsungnya Kejohanan Padang dan Balapan kali ke-80 dirasmikan oleh YB Dato’ Hj Hasbullah Bin Osman, Setiausaha Politik YAB Timbalan Perdana Menteri.

Perasmi

Majlis bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.

Larian Obor

Johan Perbarisan

Johan Rumah

Rumah Sultan (Kuning ) menjuarai keseluruhan terbaik Lelaki A, Lelaki B, Lelaki C dan Perempuan.

Johan Keseluruhan

By PSSMKSY

RAPTAI

Sukan kali ke-80 akan diadakan pada 23 Jun 2012 (Sabtu) ini. Hari ini selasa bermulanya raptai dan akan diteruskan hari Rabu dan Raptai Penuh pada Khamis. Semoga berjalan lancar.

Raptai

By PSSMKSY

Sukantara 2/2012

Sukantara melabuhkan tirainya..Rumah Shaidali 685 mata, Kheir 644 mata, Sultan 626 mata dan Head 605 mata.. Tahniah kepada semua pelajar dan guru yang terlibat..

Petugas lempar cakera

Acara larian

By PSSMKSY

KOMPANG

Alhamdulillah hari ini Pasukan Kompang SYS telah mewakili Daerah Kinta Selatan ke peringkat Negeri Perak 2012. Setelah bertanding di Ayer Tawar, SYS mendapat tempat ke-3.

Menunggu giliran

By PSSMKSY

Sukantara 2012

Bermula penggal ke-2 persekolahan pada 11 Jun yang lalu, bermulanya juga Sukantara 2012. Pada sebelah pagi waktu Pendidikan jasmani digunakan untuk semua pelajar terlibat,

Diwaktu petang pula acara akhir untuk setiap acara yang dipertandingkan dijalankan. Tahniah semua yang terlibat.

Lontar peluru

By PSSMKSY

Cuti

Bermula 27 Mei 2012 akan bermula lah cuti selama 2 minggu Penggal pertama 2012..

Akan kosong disini 2 minggu

By PSSMKSY

Hello world!

Welcome to WordPress.com! This is your very first post. Click the Edit link to modify or delete it, or start a new post. If you like, use this post to tell readers why you started this blog and what you plan to do with it.

Happy blogging!

By PSSMKSY